Menariknya De Rhu Beach Resort

De Rhu Beach Resort terletak dalam Mukim Sungai Karang Balok,  Kuantan.

Kedudukannya  di tepi pantai...
Sangat sesuai untuk bersantai bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam dan hamparan laut yang luas terbentang.  

Anak2 kegembiraan dapat bercanda sambil disapa angin dingin waktu petang Laut China Selatan..

Sambil menyusur di gigi pantai berpegangan tangan bersama Kekasih Halal... (✿◠‿◠) ...
Alangkah seronoknya meluangkan masa sepetang di laut De Rhu Beach Resort.


Pandanglah laut...tetapi bukan dengan pandangan kosong...Meneliti kebesaran Maha Pencipta tentu akan terdetik keinsafan betapa diri kita ini sangat kerdil...



Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah".(Riwayat Abu Daud).



Seronok dapat melihat anak2 kegembiraan bermain pasir pantai leka Membina Istana Pasir... Ummi dan abah  menumpang sekaki...sambil mengimbau kenangan zaman kanak2..kerana pasir adalah sebahagian 'permainan' kami ketika melewati zaman kanak-kanak..



De Rhu Beach Resort....juga sesuai sebagai lokasi untuk aktiviti Hari Keluarga....Kedudukannya Berhampiran pantai memudahkan untuk melakukan aktiviti sukaneka...Hati tentu terhibur sambil mengeratkan hubungan silaturrahim...

Selesai beriadah dan bersukaneka di tepi pantai, kami melangkah pergi untuk menjengok pula ke kolam renang...Kolamnya luas di tepian pantai, sesuai untuk percutian keluarga...





Jika bergerak pulang meninggalkan daerah ini..mata akan dihidangkan dengan pemandangan seperti dibawah .....Sepanjang jalan dari Balok menuju ke pusat bandar (Kuantan) kita melalui pesisir pantai..Akan juga melewati beberapa lokasi perkelahan dan percutian lain yang tak kurang menariknya....

Kawan2 yang berada di luar Pahang.., sesekali marilah singgah ke sini... (✿◠‿◠) 


KembaraHati: Family Day warga SKUJ tempoh hari di De Rhu Beach Resort..
Ain siap tempah nak datang sini lagi bebila...tak puas mandi kolam..
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Si Matatajam berkata…
M pun suka lepak kat pantai..tenang ja rasa...
Chic Na berkata…
pantai2 kat area pahang & terengganu mmg cantik2.
TiranaAduka berkata…
salam sis c'jai
Ya allah cantiknya pemandangan ciptaan yg maha esa..terselit jugak gambr angry bird .hahahahaha

*terima kasih sis sudi doakan kesihatan anak buah tirana aduka
Aisy Nasiha berkata…
Wah, bestnya tgk pemandangan yg cantik mcm tu. Rasa tenang je.. Gembiralah budak2 ye, dpt main di tepi pantai.
Si Matatajam berkata…
Cantiknya pemandangan kat situ...
Unknown berkata…
subhanallah...... :)
IntaNBerliaN berkata…
wah bestnya nampak percutian ni.. eppy je ;-)
Masya berkata…
terima kasih kongsikan tempat² cuti mcm ni... menarik.. xtaulah bile dapat pg ...
saya tak pernah lagi lepas kat sini kak :)
dieyna berkata…
Patutlah akak kata akak dah pergi.. memang syok kan.. hehe
sal ya berkata…
sekarang ni musim hujan. tak sesuai lepak kat pantai walaupun saya suka juga.
mama aryan berkata…
bestnya dapat jalan2 dgn family
nurulpun suka dgn angin pantai..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...