Tolong Baca...!

Apabila McD mengeluarkan kenyataan tidak ada kaitan dengan Israel, malah menawarkan menu percuma untuk mengambil hati umat Islam di Malaysia, ketika itulah kita lihat ramainya orang-orang yang tidak bersetuju dengan kempen boikot muncul keluar berbondong-bondong.

Nah, sekarang kita nampak dengan jelas bukti nyata kenapa McD sampai hari ini masih rancak seperti biasa
. Kata mereka yang anti-boikot ini:

- Google pun support Israel, boikotlah!
- FB pun sama, boikotlah!
- McD M'sia halal dimakan, kenapa nak haramkan pula, bodoh!
- McD kan dah keluarkan kenyataan tidak ada kaitan tu, percayalah sangat berita Aqsa Syarif tu. Mengarut dan tak ada bukti pun!
- Boikot macam ini takkan menolong apa-apa pun lah! Lebih baik derma dari boikot!
- Israel tak terjejas pun dengan boikot McD!

Kelakar juga, bila McD ini macam makanan rutin pula ya sampai golongan anti-boikot ini defend bersungguh-sungguh. Malah siap maki hamun lagi yang lancarkan kempen boikot.

Sayangnya pada McD begitu menebal sekali. Begitu kasih sekali. Oh penangan cinta McD buat penggemarnya ketagih! Takjub sekali.

Saya belek-belek buku lama Fatwa-Fatwa Kontemporari Syeikh Yusof al-Qaradawi, dalam buku itu menyebut:

"Mahatma Gandhi adalah antara yang terkenal pernah lancarkan boikot barangan Inggeris untuk menuntut kemerdekaan tanahairnya, pengaruh boikot ini sangat besar dalam membebaskan India dari kekuasaan penjajah ketika itu.

1. Boikot satu-satunya senjata yg ada di tangan rakyat marhaen. Pemerintah tidak mampu memaksa penduduk utk membeli produk dari sumber tertentu. Maka, hendaklah kita menggunakan senjata boikot ini utk menghadapi musuh umat Islam. Sehingga mereka merasa bahawa umat ini masih hidup dan belum mati, serta dengan izin Allah tidak akan binasa.

2. Dlm boikot, ada tujuan lain selain ekonomi. Gerakan ini merupakan pendidikan bagi umat Islam untuk membebaskan diri dari perhambaan terhadap selera org lain, yg mengajar untuk terlalu bergantung pada sesuatu yg tidak bermanfaat dan mengandungi bahaya. ( maksudnya: jgn terlalu bergantung pada produk mereka )

3. Boikot juga sebagai suatu aksi persaudaraan dan penyatuan umat Islam. Kita tidak akan mengkhianati saudara-saudara kita yg menjadi korban setiap hari dengan beri keuntungan pada musuh.

4. Boikot adalah suatu perlawanan pasif yang mendukung perlawanan aktif yg sedang dilakukan oleh saudara-saudara kita di tana para nabi dan bumi jihad, Palestin."

Ada kata-kata yg menarik dari beliau:

"Jika org2 Yahudi anggap diri mereka sbg tentera yg mendukung negara Israel dgn seluruh kemampuan mereka, maka seluruh umat Islam seluruh dunia juga merupakan tentera untuk bebaskan Masjidil Aqsa dan bantu Palestine dengan seluruh jiwa dan raga!"

So, fikirlah sendiri. Jangan perlekehkan usaha yang dianggap remeh temeh. Jangan sampai Allah 'boikot' mereka yang anti sangat ini sudahlah. Bersyukurlah ada segelintir yang masih berusaha bersungguh-sungguh dengan boikot, dengan derma, dgn bantuan kemanusiaan, doa, perang saraf pemikiran dalam tulisan, dan apa saja usaha dari sekecil2 usaha hinggalah sebesar2nya yakni jihad dengan angkat senjata.

Via :: Muhamad Saddam Jamaludin Sa

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

aizu's life berkata…
betul tu kak.. BOIKOT..
kita x mampu nk g berperang.. harta pn xla byk mana..
cukuplah sekadar 'menyekat' dana buat mereka..
mama aryan berkata…
jom kita boikot...
sal ya berkata…
mcm produk nestle tu ada jugak yg kita guna. yg tu mgkn ssh sikit. tp setakat loreal ke mcd ataupun danone saya mmg tk kisah pun. boikot je.
Unknown berkata…
boikot aje.... tak mati pun kalau tak mkn mcd dan product semua tu...masih byk lagi dipasaran barangan lain.... yg penting hati.....kalau itu salah satu cara utk selamatkan penduduk gaza.....remy sokong...
Unknown berkata…
boikot...mmg tak pernah makan mcd
Aisy Nasiha berkata…
baru tadi saya mula boikot.suami ajak makan burger mcd, saya cakap elok kta makan burger bakat malaysia je..sedap n sokong bangsa kita..
Si Matatajam berkata…
M mmg dh lama boikot Mc D ni..
shida berkata…
yup..dulu2 shida boikot jugak, then minum gak coke, mcd..pengaruh kawan nyer pasal..erk padahal diri sndri...

so sekarang Insyaallah boikot btul2..!!!
xmo r mkn Mcd..
Salina Mat Isa berkata…
Kita sendiri dijajah oleh israel dgn perang keatas minda kita..
Unknown berkata…
nie agenda McD...free konon.huh!
TiranaAduka berkata…
ta penah membeli dan makan mcD DI awal kemunculanya di malaysia..
Cuba ta elakkan bila kengkawan ajak ke sana..ta bg cdgan ke tempat lain.kekadang member2 ta tak tau sgt bab ni..


*awal tahun 90an sering jadikan mcd tempat pertemuan geng2 superbike..tapi x penah makan dan minum..tumpang duduk je..ikhlas tirana aduka.
Ira berkata…
Erm.. Skg da x beli milo, tp beli malt coklat brand 1 malaysia. hehe.. rasanya boleh tahan jgk.
Boikot export minyak ke negara amerika & menaikkan harga pasaran minyak oleh negara2 arab juga salah satu senjata. Penah dibuat pada thn 70an klu x silap. Tp skg ni blum lg dibuat.
Jahirah berkata…
selera saya mmg xkena dgn mcd kak...mmg boikot la...heheh

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...