Kisah Wanita Berpurdah Membeli Belah

 Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter untuk membayar. Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja. Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,

"Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata,

 "Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya."

Subhanallah,Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)

Semoga cerita sederhana ini dapat memberikan pengajaran yang berharga kepada kita agar tetap memperjuangkan dan mempertahankan agama kita..ALLAH,tersentap hatiku dgn cerita ni..Pertahanan kain kecil ajaib oleh si pemakainya berbeza bila ALLAH sendiri menyentuh hatinya..Sejauh mana pertahanan niqabis2 sekalian dgn kain kecil itu?

Jangan kerana kita kain itu dipersalahkan… kerana nila setitik rosak susu sebelanga…ingatlah kamu sedang pegang amanah dan tanggungjawab…Sama2 merenung sambil termenung …

TAMPAR PIPI,TANYA IMAN…

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
suka baca n3 ni! terbaik for KA
Si Matatajam berkata…
Nice sharing Cjai..tersentuh hati M baca entry ni..
QasehnyaRania berkata…
terima ksih kak..kongsi..
sama2 trmnung..
fikir kmbali sejauh mna kita..
TiranaAduka berkata…
salam sis c'jai.
Si mata biru...nice story

Thanks sis.
sal ya berkata…
baru je baca kat fb.
Arina Shamsul berkata…
Semalam mama baca entri ni juga, :)
Unknown berkata…
mendalam sindirannya.... tapi itulah lumrah...kekadang kita lupa siapa diri kita sebenarnya......
nice sharing kak....
Tie HT berkata…
as salam

thanks sharing kak..moga melekat dalam hati..in shaa Allah
Chic Na berkata…
hrp2 dpt dijadikan pedoman utk cikna dan semua.
mama aryan berkata…
cerita yg sgt bermakna
Jahirah berkata…
tq kongsikan kisah ni...nilainya sgt mendalam..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...