Lidi Panjang VS Lidi Pendek

Pada segengam lidi, ada yang panjang dan ada pendek. Yang panjang biasanya akan terpaksa menyentuh sampah setiap kali disapu. Apatah lagi jika ia berada dibahagian luar dari ikatan. Maka yang untung tentulah lidi pendek yang berada di bahagian dalam ikatan pula.

Kalau difikir baik buang saja yang pendek dan berada di dalam pulak. Tahukah anda bahawa lidi pendek bukan diguna untuk menyapu sampah, sebaliknya ia untuk menguatkan ikatan lidi keseluruhannya. Andai semua lidi kecil dibuang, ia akan melonggarkan ikatan lidi seluruhnya.

Begitulah dalam jamaah. Kita saling berperanan dalam kemampuan masing- masing.

Fikir dan senyum....... Kerana anda pernah membuang lidi lidi kecil ini.
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Salina Mat Isa berkata…
Betul jgak tu..saling memerlukan..
Cik Ai berkata…
betul lah kak..kdg2 kita nk bg sama,buang kan yg pendek..rupanya dh jd longgar plak..sbnrnya ia saling melengkapi :)

eh,br perasan dah bertukar dah blog akak ni :)
Ira berkata…
kdg2 yg panjang tu patah, jadi la dia pendek hehe..
tp mmg betul, bila banyak/ramai, kita akan jadi kuat.
Jahirah berkata…
betul tu....kalau dibuang longgarlah ikatan...kena bersatu jugak semuanya....:)
mama aryan berkata…
sedang tersenyum ni kak..masa kecik2 kat kg dulu,mmg selalu buang lidi penyapu arwah mak,yg pendek2 tu pastu buat main..hahaha
Chic Na berkata…
aah kan. br terfikir. kalau takde yg pendek, yg panjang tu takkan kuat. :)
TiranaAduka berkata…
salam sis.
Nice post.dulu2 rasa juga TA meraut pelepah sawit dgn nenek buat penyapu.lama tau sis nak siap 1 penyapu
TiranaAduka berkata…
hujan lebat disini sis
sal ya berkata…
dulu2 ms kat kampung rajin jugak buat penyapu lidi guna lidi kelapa tu. leceh la sikit sebab nak dapatkan yg besar tu memang pent tgn tapi tu semua kenangan yg tak blh nak beli kan? tiba2 pulak...
Si Matatajam berkata…
Betul tu Cjai..Setuju ngan entry ni..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...