Ma'la ..Perkuburan Ke 2 di Bangkitkan Ahlinya Selepas Baqi'..

Assalamualaikum....
Sekadar ingin berkongsi pengalaman sewaktu ziarah ke Perkuburan Ma'la Tahun 2010 tempoh hari...Jangan jemu ya membacanya...... :-)

Di bawah ni adalah pemandangan kawasan  Tanah Perkuburan Ma'la yang terdapat di Tanah Haram Makkah...Menurut Buku  Makkah AlMukarramah 'Kelebihan dan Sejarah' karangan Dr Abd Basit Abd Rahman lokasinya terletak di sebelah timur Masjidil Haram... Ma'la adalah perkuburan yang paling masyhur di Makkah.Ia berasal dari kawasan lembah yang satu-satunya meengadap Kaabah disepanjang kedudukannya. Subhanallah..Maha suci Allah..

Penduduk sekitar dan juga jemaah2 haji dan umrah yang meninggal akan di makam kan di sini...

Di Makkah dan Madinah, jangan harap kita kaum wanita dapat memasuki ke kawasan tanah perkuburan..

Haram...! haram....!jerit penjaga kawasan perkuburan jika ada wanita yang cuba menghampiri pintu masuk...


Inilah Tanah Perkuburan Ma'la..Batu2 diletakkan atas kuburan sebagai tanda.

Lubang kubur telah sedia menanti jasad yang akan memasukinya...Katanya, jasad yang telah ditanam untuk dalam tempoh beberapa bulan akan dikeluarkan dan dipindahkan ke tempat lain...Ini bagi memberi 'laluan' kepada bakal2 jenazah lain akan mengambil giliran untuk ditempatkan di sini...

Beginilah keadaan lubang kubur...Kubur di sini tidak mempunyai liang lahad..berbanding dengan kubur yang terdapat di Pekuburan Baqi' Madinah yang berliang lahad..

Disebalik pagar ini terletaknya kubur wanita agung, isteri pertama Rasulullah, Khadijah..
Tetapi tidak diketahui dengan pasti yang mana satu kuburnya.. Di Bimbangi jika tahu yang mana satu kubur sebenar Khadijah, ada antara insan2 yang tak bertanggungjawab akan melakukan perkara2 khurafat... 

# Kami diberitahu...Bahawa perkuburan Baqi' adalah kubur yang pertama sekali dibangkitkan ahlinya selepas tiupan sangkakala yang ke 2....dan  perkuburan Ma'la pula adalah perkuburan ke dua dibangkitkan ahlinya selepas Baqi'..... Kubur kita nanti entah yg keberapa ribu...trilian kot..
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Jahirah berkata…
saya baru tahu...sebelum ni tak tahu pun pasal perkuburan ni...:)
Tanpa Nama berkata…
terimakasih atas info ini ye !
mama aryan berkata…
tak jemu saya membacanya kak..seronok lg ada,byk yg dpt saya tau dr cerita2 akak
Ira berkata…
Beruntung siapa2 yg meninggal di sana kan.. apa2 pn, terima kasih sudi share..
Unknown berkata…
rajinnya akak buat research..
sy xtahu pown ttg kewujudan tanah perkuburan nie..thanx kak :)

hari tu sy ada baca artikel ttg larangan membina binaan di atas kubur..cukup sekadar batu nisan je
Chic Na berkata…
tak pernah tau pun pasal ni. tq kak berkongsi ilmu.

sgt beruntung jemaah haji yg meninggal di sana.
baru tahu nie kak..aahlah kan..kubur kita tak tahulah triliion kot..insaf
Unknown berkata…
Alhamdulillah...terima kasih atas infonya yang sangat merindukan arwah ayahanda says yang disemadikan di sini pada musim haji tahun 1992...Alfatihah buat ayahandaku..semoga dikau sentiasa dalam kasih sayang Allah.. Aamiin

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...