Nostalgia : Dhuyuf ArRahman 1431H




Panggilan haji
telah tiba lagi
menunaikan ibadah
panggilan baitullah.....
@
Labbaikallah hummalabbaik
labbaikala syarikalakalabbaik
innalhamda wannik'matha
lakawalmulk lasyarikalak

Sayu hati tika telinga menangkap bait2 lagu tersebut...
Lebih-lebih lagi sekarang ini , tiada bermusim, malah sepanjang masa orang akan berziarah ke Tanah Suci menunaikan umrah...
Menerima undangan sebagai TETAMU NYA..
cukup membuat diri antara percaya dengan tidak..

Kedatangan musim haji semusim yang lalu...
begitu membangkitkan nostalgia...
Ingatan dua musim kelmarin, lantas menari-nari di benak fikiran...
Saat persediaan dan persiapan di jalankan..
saat keluarga tercinta ingin di tinggalkan..
Hingga...sedar2 bangunan hitam telah tersergam di depan mata...
Waktu ini air mata bagaikan aliran sungai yang mengalir tanpa penghujung....
sayu, sebak, penuh rasa keinsafan..

Terlalu banyak kenangan sewaktu menjadi Dhuyuf Ar rahman 1431H...
Menjadi tetamuNYa..Berada dibumi suciNya...
Sangat menuntut kesabaran yang cukup tinggi...
Setiap perkara yang ingin dilakukan jangan difikir kesukarannya...
Jika sukar yang di fikirkan maka sukar juga lah akan jadinya...
itulah petuanya...

Dari tanah air lagi saya dan suami berniat selain ingin melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh, kami juga ingin membuat amal kebajikan membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan....

Sungguh...! Niat kami dimakbulkan..
Pada hari pertama menjejakkan kaki ke tanah haram, saat mengerjakan saei seusai tawaf selamat datang kami di datangi seorang pakcik yang terpisah dari kumpulannya...
ujian pertamaNya UNTUK KAMI..
mampukah agaknya kami melepasi ujian demi ujian,
melakukan seperti yg dihajati...
Alhamdulillah..Kami melepasi dengan IZIN-NYA jua...

sewaktu di sini banyakkanlah memberi pertolongan pd sesiapa yg memerlukan ,
insyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita...
SAYA SANGAT2 MENYAKINI ITU..DAN IA MEMANG TERBUKTI...

Belum pernah rasanya seumur hidup ini
saya menangis sebagai mana di hari wukuf ....
kala berada atas bumi yang luas
dalam pra perhimpunan di Padang Mahsyar
memohon keampunan dari Allah....
Mengenang betapa diri ini datang bersama dosa yang bertimbun..
Tetapi masih diterima menjadi TETAMU YANG AGUNG..
Maha Suci Allah..

Maka sebenarnya saat ini
jari sudah tidak mampu untuk meneruskan ketukan,
Mata terasa berpasir,
Pandangan sudah kabur untuk terus menatap screen komputer..
air mata kini berada di tubirnya....
Ah...sesunggunya kenangan itu mengundang seribu rasa
yang barangkali tak mampu diluahkan dengan kata-kata..
Allahurobbi...

♥Di cium wanita Morocco...

♥Terkenang-Kenang

♥Air Mata Tertumpah di Sini..

♥Subhanallah...!Dia Tahu Ini Ainul Mardhiah....

...Tiba-tiba Dia diHadirkan..

Ulasan

saya baca entry ni meremang bulu roma, rasa nak nangis. Kalau niat kita ikhlas kerana Allah, Allah bagi balasan baik untuk kita :)

datang la majlis kakak saya(Nurul), nanti contact no saya ye kalau nak datang :)
MISS Z BERCELOTEH berkata…
Andai di izinkan Allah, pasti kita akan menjadi salah seorang tetamu-NYA
Mommy_ima berkata…
:) sy teringin juga nak rasakan begitu..
harap tercapai.insyaAllah suatu hari nanti..
Jahirah berkata…
berkaca mata baca entry ni...moga saya ada kesempatan untuk menjadi tetamu di sana...
mama aryan berkata…
salam ukhwah..thanks sudi jenguk blog saya,follow disini
Ruse Sulaiman berkata…
Teringin jd tetamu Allah. Bertuah sudah menjadi tetamuNya
are_lin@yu berkata…
ayu pun sayu bila dengar lagu ni..teringin nak pergi sana,moga dimurahkan rezeki untuk sampai ke sana 1 hari nanti ;-)
Unknown berkata…
mg daku jua diberikan kesihatan yg baik untuk menjejak kaki ke sana....amin..
IntaNBerliaN berkata…
moga kita semua ada rezeki untuk ke sana..
fieda berkata…
moga kita semua diberi peluang utk ke sana..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...