Apa Yang 'SILAP' pada PEPATAH ini...?.... "Batok dan Pegar..."

Masyarakat melayu kaya dengan pepatah pepatihnya....Tapi sedar tak kita ada antara pepatah yang kita gunakan sejak sekian lama itu disebut dengan sebutan yang salah... Tentu kita biasa dengar  " Melepaskan batuk di tangga".... dari kanak-kanak hingga dewasa inilah pepatah yang begitu 'mesra' dibibir kita..
Sewaktu berada di bangku sekolah dulu pun pepatah ini jugalah yang diajar untuk digunakan dalam karangan Bahasa Melayu...

Jadi... apa yang silapnya tentang pepatah ini...???Sebenarnya kesilapan bermula dari perkataan 'batuk'...
Perkataan yang sebetulnya adalah 'batok'..dan pepatah ini sepatutnya berbunyi
"Melepaskan 'batok' di tangga".
Apa itu 'batok'...?.
Menurut Prof. Dr. Noriah Mohamed, perkataan 'batok' berasal daripada bahasa Jawa yang bermaksud tempurung. Orang-orang melayu seperti yang kita lihat dalam filem2 melayu .... yang berlatar belakangkan zaman 'Hang Jebat' dan 'Nujum Pak Belalang' menggunakan 'batok' sebagai gayung untuk mencedok air dari dalam tempayan , dan membasuh kaki apabila pulang dari kebun atau sawah. 'Batok' ini mempunyai pemegang.. Kebiasaannya selepas digunakan ia akan disangkut kembali agar tidak pecah.. Pernahkah anda melihat rupa bentuk 'batok' ..? Nah..! Saya kongsikan gambar di bawah untuk kita tenung bersama...
Kalau rajin layarilah En.google...
kita akan disajikan dengan pelbagai jenis dan bentuk 'batok'.

Selesai sudah kemusykilan yang melibatkan Pepatah "Melepaskan 'batok' ditangga"... Ada satu lagi yang heboh diperkatakan... Tahu tak pepatah yang mana satu... Perhatikan print screen dibawah ni.....


Klik imej untuk besarkan

Inilah yang menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menulis n3 ini... Sebetulnya saya sendiri pun baru juga tersedar ada kesilapan pada pepatah "Harapkan pagar, pagar makan padi"... Maklumlah sedari dulu lagi minda dah di set kan dengan perkataan 'Pagar'.... Yang lebih tepat adalah ~
"Harapkan pegar, pegar makan padi"...
Pegar...., merujuk kepada seekor burung penangkap haiwan dan makhluk perosak yang ada di sawah2 padi .

Diharapkan catatan ini dapat dijadikan perkongsian ilmu dan pencerahan
kepada apa yang telah kita 'tersalah' anggap selama ini..


Lihat yang ini juga  Merah PADAM @ Merah PADMA.....?
*ni n3 awal tahun ari tu..tp dibawa kedepan semula untuk info kawan2 yang singgah.....

Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.

~♥♥ ummuainries ♥♥~

Ulasan

Jahirah berkata…
ada kebenaran jugakan....ni pertama kali saya tahu pasal batok dan pegar...sblm ni mmg xpnh tahu.menarik isu ni untuk dikongsi.
faiq berkata…
mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan...
Unknown berkata…
betul tu.... dulu2 remy pun salah faham jugak..... batok dan juga pegar tu......
Kakcik Seroja berkata…
Kakcik pun pernah buat catatan tentang ini dulu selepas membacanya di blog yang lain. :)
sal ya berkata…
ada jugak saya baca tentang ni. especially pegar tu.
mama aryan berkata…
betul jugak kan kak..selama ni mmg saya ingat batuk ditangga la..pagar makan padi..hwah3 kalu ikut logik mmg pagar tak bole makan padi kan..bagus info ni kak,bole saya ajar anak2 nanti hehe
are_lin@yu berkata…
setuju..kdg2 trslh eja pn mksud dh jd lain..
btol tu..slh huruf je kan..tp len dah tu..
yan's cottage berkata…
tq untuk info nie....
Tanpa Nama berkata…
tq share yg ni.. KA pown kdg2 jadi confius
unsecretostory berkata…
Dulu masa sekolah pon cg ada tanya pasal nie . Then baru tawu laa act batok bukan batuk :)
salah huruf sikit makna pun dh kelain kan kak
Reena Sidek berkata…
pernah baca sebelum ni... tp tak ingat kat mana... fb atau blog..
Salina Mat Isa berkata…
Tak pernah tau..serius..camane sy bljar bm dulu?kenapa tk tau pun...hehe..
azievee berkata…
Dulu pikir gak cam ne pagar nak makan padi...hehehe
Khalilah berkata…
Ouh, bukan batuk ke? Teringin sgt nak tau apa tu batok? Hmm... tak sangka byk betul salah eja perkataan dlm peribahasa.
syiela berkata…
thanks berkongsi info... tak pernah tau pun sebelum ni... satu ilmu baru buat saya
Masya berkata…
oooooo.. melopong jap tau..
IntaNBerliaN berkata…
info yg bagus ni.. selama ni sy ingatkan 'batuk'..
IntaNBerliaN berkata…
info yg bagus ni.. selama ni sy ingatkan 'batuk'..
precious moment berkata…
Tq for sharing this info. Salam perkenalan. :)
Mommy_ima berkata…
Ooo..kesahnye..
patutlah..pernah terpikir jugak ape kena mengena peribahasa yg ade tu. kalau mcm ni, baru la betul maknanya dah.. :)
tq kak..♥
Tie HT berkata…
as salam,

ini sbb tersalah tafsir ejaan jawi dulu2 ke yea? t.kasih berkogsi :)
perkongsian yang baru lagi. mekasih kak ;)
lelamaisara berkata…
oh....slah eja cikit dah lain maksud kan...
aizu's life berkata…
BATUK>>> uhuk, uhuk..
BATOK>>> alat yg digunakan utk cedok air.. org dulu slalu gune, taruk kat tepi tangga :)
Arina Shamsul berkata…
oooo..patutlah semacam je pepatah tu,ingatkan betul la batuk..hehehe.


pernah juga terfikir camna la pagar tu boleh makan..padahal kayu je..hahaha..rupanya pegar.

baru tahu hari ni.thanks sharing dear :)

kurus berkata…
hurmmm x terfikir pula akak nie .. selama nie ingatkan betul lah batuk tuu ;))
Unknown berkata…
saya pun tak faham...sila jelaskan yer tuan blog..hihih batok tu apa
p/s : ni yang nak marah ni salah eja nama saya ni. hehe

p/s : oo.. hari ni la akak ada family day. sonok kak main bowling, moh kita cuci longkang! hehe
Tanpa Nama berkata…
tq share info
Cik Ai berkata…
owh..kiranya ejaan tu lah yg mnyebabkan kita ikut smp skrg ekk..owh baru ai tahu lps baca entry akak ni :)
Nora Shahaira berkata…
Dah lama konpius tp tak terjawab...bagus...akak suke...hehe
TiranaAduka berkata…
salam sis.
TA tau dah batok tu..ape pun good info sis.
QasehnyaRania berkata…
Baru tahu..
Thanks share
hahaha kan dah tak tahu=)free2 dapat ilmu=)tq kak mmg nurul tak tahu..yang merah pasma nurul ada terbaca..tang batok n pegar baru tahu...sbb nurulk baca harapkan pagar dan batuk..huhu mmg salah...
dwatyKNY berkata…
saya pun nak tanya... apa itu batok??? :)
Unknown berkata…
singgah di sini jugak..em penah dengar jugak peribahasa tu dibetulkan semula..huhu
unsecretostory berkata…
Entry nie ditambah ehh . Waw . Bnyak jugak salah2 yg aten xtaw sblum nie . Tuela dh biasa dgan ayat2 yg slalu blajar jea .
Unknown berkata…
sy cuma pernah baca tentnag pegar je...yg batok tu 1st time...thanx sis :)
sgt menarik!
LYAfrina berkata…
tq for sharing..dpt 1 ilmu baru arini..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...