Apa Yang 'SILAP' pada PEPATAH ini...?.... "Batok dan Pegar..."
Masyarakat melayu kaya dengan pepatah pepatihnya....Tapi sedar tak kita ada antara pepatah yang kita gunakan sejak sekian lama itu disebut dengan sebutan yang salah... Tentu kita biasa dengar " Melepaskan batuk di tangga".... dari kanak-kanak hingga dewasa inilah pepatah yang begitu 'mesra' dibibir kita..
Sewaktu berada di bangku sekolah dulu pun pepatah ini jugalah yang diajar untuk digunakan dalam karangan Bahasa Melayu...
Jadi... apa yang silapnya tentang pepatah ini...???Sebenarnya kesilapan bermula dari perkataan 'batuk'...
Perkataan yang sebetulnya adalah 'batok'..dan pepatah ini sepatutnya berbunyi
"Melepaskan 'batok' di tangga".
Apa itu 'batok'...?.
Menurut Prof. Dr. Noriah Mohamed, perkataan 'batok' berasal daripada bahasa Jawa yang bermaksud tempurung. Orang-orang melayu seperti yang kita lihat dalam filem2 melayu .... yang berlatar belakangkan zaman 'Hang Jebat' dan 'Nujum Pak Belalang' menggunakan 'batok' sebagai gayung untuk mencedok air dari dalam tempayan , dan membasuh kaki apabila pulang dari kebun atau sawah. 'Batok' ini mempunyai pemegang.. Kebiasaannya selepas digunakan ia akan disangkut kembali agar tidak pecah.. Pernahkah anda melihat rupa bentuk 'batok' ..? Nah..! Saya kongsikan gambar di bawah untuk kita tenung bersama...
Kalau rajin layarilah En.google...
kita akan disajikan dengan pelbagai jenis dan bentuk 'batok'.
Selesai sudah kemusykilan yang melibatkan Pepatah "Melepaskan 'batok' ditangga"... Ada satu lagi yang heboh diperkatakan... Tahu tak pepatah yang mana satu... Perhatikan print screen dibawah ni.....
Inilah yang menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menulis n3 ini... Sebetulnya saya sendiri pun baru juga tersedar ada kesilapan pada pepatah "Harapkan pagar, pagar makan padi"... Maklumlah sedari dulu lagi minda dah di set kan dengan perkataan 'Pagar'.... Yang lebih tepat adalah ~
"Harapkan pegar, pegar makan padi"...
Pegar...., merujuk kepada seekor burung penangkap haiwan dan makhluk perosak yang ada di sawah2 padi .
Diharapkan catatan ini dapat dijadikan perkongsian ilmu dan pencerahan
kepada apa yang telah kita 'tersalah' anggap selama ini..
Lihat yang ini juga Merah PADAM @ Merah PADMA.....?
kepada apa yang telah kita 'tersalah' anggap selama ini..
Lihat yang ini juga Merah PADAM @ Merah PADMA.....?
*ni n3 awal tahun ari tu..tp dibawa kedepan semula untuk info kawan2 yang singgah.....
Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
~♥♥ ummuainries ♥♥~
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
~♥♥ ummuainries ♥♥~
Ulasan
patutlah..pernah terpikir jugak ape kena mengena peribahasa yg ade tu. kalau mcm ni, baru la betul maknanya dah.. :)
tq kak..♥
ini sbb tersalah tafsir ejaan jawi dulu2 ke yea? t.kasih berkogsi :)
BATOK>>> alat yg digunakan utk cedok air.. org dulu slalu gune, taruk kat tepi tangga :)
pernah juga terfikir camna la pagar tu boleh makan..padahal kayu je..hahaha..rupanya pegar.
baru tahu hari ni.thanks sharing dear :)
p/s : oo.. hari ni la akak ada family day. sonok kak main bowling, moh kita cuci longkang! hehe
TA tau dah batok tu..ape pun good info sis.
Thanks share
sgt menarik!