BerCINTA Sebelum NIKAH
Pesanan Pengerusi Majlis Ulama Sedunia Tentang BERCINTA
Prof. Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardawi, mufti global berkata :
- Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak memuji apatah lagi mengiktiraf apa-apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang penting bercinta sebelum menikah kerana cara seperti itu dikhuatiri berbahaya dan syubhah.
- Ramai orang yang memulai bercinta dengan cara yang tidak benar dan tidak adil, seperti berpacaran melalui telefon dengan perbualan yang tidak jelas dan dilakukan ketika waktu kosong atau bosan.
- Sebahagian remaja wanita mahupun lelaki berpacaran melalui telefon ataupun internet tanpa diketahui oleh ahli keluarga. Mereka juga tidak memikirkan akibat disebalik tindakan mereka itu.
- Disebabkan perasaan ingin tahu dan mencuba yang mendalam...ramaja biasanya sekadar ingin mencuba, namun kemudian menjadi ketagih pula. Pada awalnya bergurau tetapi akhirnya menjadi serius.
- Amat jarang ditemiu mereka yang bercinta sebelum menikah tidak terlibat dengan tegahan agama sama ada perbuatan, percakapan atau nawaitu. Apatah lagi apabila dilakukan cara bersunyian, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.
- Dalam keadaan seperti ini, remaja boleh terjerumus ke dalam lembah maksiat, sebab kedua-duanya bukan lah malaikat yang suci dan bukan juga para nabi yang maksum.
- Kadang-kadang bercinta antara dua orang yang tidak serasi dari segi status sosial atau pun pendidikannya. Kesannya, ke dua-dua dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalang mereka dengan pernikahan.Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa tertekan.
- Cara terbaik untuk menikah ialah cara yang dilakukan oleh masyarakat Islam Arab sebelum Barat memerangi kita, iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik peribadi calon masing-masing.
- Perkara yang sesuai dirisik ialah: Menilai keserasian antara ke dua-duanya . Menilai kemampuan pasangan dari segi psikologi, kematangan akal, ekonomi dan status sosial. Tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahan sama ada pihak keluarga, adat tradisi masyarakat, undang-undang negara atau pelbagai halangan lain.
- Jika sudah merisik, seorang pemuda hendaklah dengan berani pergi ke rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda berhak melihat calonnya walau pun dalam keadaan gadis itu tidak mengetahui bahawa pemuda itu menaruh minat kepadanya.Ini supaya si gadis tidak terluka jika pemuda tersebut tidak tertarik kepadanya.
- Apabila 'kapak sudah menancap di kepala' (cinta berputik), keluarga hendaklah menilai calon pilihan si anak dengan bijaksana dan penuh hikmah.Jangan lah pula mneolak lamaran tanpa sebab yang munasabah. Keluarga hendaklah mengamatinya dengan saksama, sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis Nabi, maksudnya 'Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling mencintai kecuali pernikahan' (Riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim). Dengan kata lain, nikah ialah cara paling tepat untuk meraikan fitrah cinta yang indah ini.
- Yang menjadi kayu ukur dalam menilai calon suami atau isteri ialah agama dan akhlaknya.Hanya inilah sumber dan faktor kebahagiaan yang boleh diraih dalam kehidupan berumah tangga.
sumber ~solusi_(Fatwa Mu'asirah, Jilid 2 hlm 348-349)
Ulasan
cik jai,baca entry sy..halaqah cinta..
kisah cinta yg best..