Membina Jati Diri..

Jati Diri , sepotong rangkaikata yang sering terungkap dan meniti di bibir kita dewasa ini..
Apa itu Jati Diri..?
Mengikut kamus Dewan Jilid ke 4, jati membawa maksud
sejati, asli, murni tulen atau tidak bercampur.

'Diri' pula bermaksud
batang tubuh atau orang perseorangan yang mempunyai badan.

Maka, 'Jati Diri' adalah
sifat keperibadian atau ciri yang unik,utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras serta lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa.

Melihat kepada genarasi hari ini yang seakan-akan telah hilang jati diri kerana pegangan agama yang begitu longgar.Lihat sahaja dalam pergaulan seharian, bahasa percakapan, kehidupan yang bergelumang dengan maksiat malah gejala sosial yang kian hari makin berlambak.



Bagaimana membina Jati Diri...?
  • Keyakinan yang tinggi
~tidak mudah terpengaruh
~berwawasan dan berpandangan jauh
~idea kritis
~bersedia menerima sesuatu dalam sebarang keadaan
~sentiasa tunaikan kewajipan
  • Latihan berdikari
~tidak bergantung kepada orang lain
~berani mengambil risiko
~berani ke hadapan
~sanggup bekerja keras
  • sabar dan tabah
~kuat pergantungan kepada Allah
~mudah menerima nasihat
~bertolak ansur
~tidak mudah berputus asa
  • tanamkan semangat kerjasama
~mengetepikan kepentingan diri
~bersatu hati bekerja dalam kumpulan
~meletakkan ketua dan pengikut dengan fungsi masing-masing
~bertoleransi dalam hal-hal remeh
  • tetap pendirian
~hujah dan idea yang bernas
~tegas dengan keputusan
~bertanggungjawab atas tindakan
~bijak membuat keputusan
  • bina semangat juang
~berani dan berdaya saing
~bersungguh-sungguh dan tekun
~sanggup berkorban
~Aktif dalam setiap aktiviti

p/s : Sumber....SOLUSI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...