Catatan

Opie... Yang Tinggal Hanya Kenangan...

Imej
Lapan Tahun.... Bukan satu jangka masa yang singkat untuk kami sebagai 'satu keluarga'... Dari baru buka mata... Jalan pun masih hogek....ummi ambik...ummi bawak balik, bila mana seekor baby kucing hilang haluan , terpisah dari si ibu.. seminggu ummi bawa pergi balik ke sekolah... Berbekal kan susu dan botol susu... Berbekalkan juga nama yang diberi..Opie... Opie berjuang untuk hidup... Pernah kami ke Kuala Lumpur membawa baby kecil ni.... Terpaksa berhenti di stesen minyak untuk membancuh susu.... Lagak kami seperti beranak kecil...😅 Alhamdulillah... Allah izinkan Opie membesar dihadapan mata kami sekeluarga...🥰  Bukan sekadar membesar...bahkan 'menua' di hadapan kami...  Ummi harap sangat kalau ada kekurangan sewaktu kita menjadi satu keluarga... Kekurangan itu mampu dimaafkan... Maaf sangat-sangat .... 😪 Lapan tahun kita jadi keluarga..selama lapan tahun menyulam kasih sayang sesama makhluk.... Dan malam tadi, entah tengah malam..entah dinih...

Saat Kita Kehilangan Jangan Biar Diri Kita HILANG Bersama kehilangan Itu..

Bila mana seorang demi seorang menantu sedara kehilangan kandungan mereka...rasa terpanggil untuk berkongsi kisah yang pernah aku lalui....  ====================== Begini kisahnya..... Kandungan pertama, 1999...  --------------------------------------------- Di awalnya, berlaku pendarahan atau bleeding. Doktor kata mungkin mahu keguguran.. Tapi Allah Maha berkuasa , Alhamdulillah kandungan aku selamat sehingga saat melahirkan Jun 2000... Setelah melalui pengalaman mabuk yang agak teruk...   Kandungan ke 2, 2003. ------------------------------------- Tiga tahun kemudian , direzekikan mengandung Kali ke dua setelah anak sulung berusia 3 tahun... Gembira nya ketika itu seperti dapat tahu mengandung sulung... Kali ini tiada alahan seperti kali pertama dahulu.... Suatu hari di hujung minggu, tergerak hati untuk menyental lantai bilik air dan mengemas rumah.... Paginya operasi mengemas , petangnya badan rasa kurang enak seperti mahu demam... Kesokan...

Ummi Anak Tiga Yang Ada Cuma Dua

Imej
Kisah Setahun Dulu... "Allah.... Terngiang-ngiang lagi di telinga ayat dia.." "Dua?"....Hehehh.. Ada bunyi tawa halus sambil dia menyandar pada kerusi..." "Baik tak payah beranak" . Dia menyambung lagi sambil  melemparkan senyuman tanpa rasa bersalah.. Senyumannya sangat sinis dipenglihatan saya.. Mungkin kerana hati yang baru dirobek sebentar tadi menjadikan pandangan mata saya juga berprasangka. Kata-katanya saya balas dengan senyuman... Orang tidak tahu disebalik senyuman ini mengalir air mata,,jatuhnya jauhhhhhhh ke lubuk hati yang dalam... Sekurang-kurangnya dapat sorokkan rasa hati yang baru tercalar. "Baik takpayah beranak......" Ah...Terdengar-dengar lagi.... Macam hina pula bila ada anak sedikit...hingga keluar ayat begitu... Saya mengerling pada cermin tingkap yang ada dihadapan... Ternampak raut wajah sendiri yang memerah menahan rasa. Sabarlah , mungkin Allah nak uji hati kita...Mungkin juga Allah nak didik hati kita...

Si Pemberi Tudung

Imej
Suatu ketika, waktu diamanahkan sebagai guru kelas Tahun 1 , saya menerima beberapa orang murid orang asli (OA).. Seingat saya 3 orang adik beradik berumur 7, 8 dan 9 tahun.. serta tiga empat orang yang lain masing-masing dalam lingkungan usia 8, 9 dan 11...  Tahun itu merupakan tahun pertama sekolah menerima kehadiran murid OA ...  Masih kuat melekat di ingatan...salah seorangnya bernama Lizawati  berusia 9 tahun ketika itu.... Jika diperhatikan raut wajahnya memang terserlah dia murid OA.. Pun begitu saya 'jatuh hati' pada dia.... Mudah di ajar dan cepat belajar.. Seingat saya lagi, ada seorang murid Melayu yang akrab dengan Lizawati ... Beberapa bulan berlalu...suatu hari ketika melangkah ke kelas saya terpaku seketika...Tatkala melihat sehelai tudung tersarung menutupi rambut kerintingnya... Saya panggil dia ke hadapan.... ''Lizawati.. awak pakai tudung siapa ni" "Nursyahida beri saya tudung ni cikgu.." lalu saya turut memanggil murid yang d...

Bila Anak-anak Mula Membesar

Imej
  Ber sedialah untuk ditinggalkan kembali berdua.... lebih-lebih lagi jika anak tak ramai...cepatlah berdua bila mereka mula menginjak usia 13 tahun.. Itulah yang saya rasa bila anak bongsu dari dua beradik mula dihantar ke asrama. Kata orang, kembali berbulan madu ... Namun ianya tak seindah yang disangkakan.. Sudah dua bulan lebih kembali berdua dengan abah mereka bila si along dan si angah di hantar ke asrama masing-masing... Awalnya airmata jadi peneman...Rindu tak terkata... Semuanya rasa serba tak kena.... dilanda kesunyian ...  ALLAH... .. 😢😢 Hati si ibu lah yang kena kuat sebenarnya... Catatan ummi dua bulan lepas.....  *********** Betul lah kata Fazura, masuk tandas pun dah rindu.... Sebenarnya, sudah berhari-hari air mata menitis secara diam-diam. Melihat anak mengemas pakaian dalam beg dua hari lepas pun air mata ummi bergenang. Dan Hari ini belum pun separuh perjalanan pulang meninggal MATAN Jerantut, airmata l...

Mencari Diri Yang Hilang..

Imej
Kadang kala kita perlu menyepi untuk mencari kembali kekuatan diri yang telah hilang.... Adakala kita perlu menyendiri untuk ketenangan hati... Adakala kita perlu membawa diri seketika Untuk  mengenal diri.... Suka dan duka, bahagia dan derita adalah dua sisi hidup yang akan selalu ditemui setiap hari.Kerana barangkali itu caranya DIA ingin mendidik hambanya yang sering terleka ini...  Namun percayalah, bahawa keduanya menjadikan kita manusia yang lebih baik kalau semuanya itu tangani dengan bijak.... ~ Senyumlah dalam menghitung hari2 yang maSih bersisa ~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Tidak Akan Papa, Orang Yang ..........

Imej
Assalamualaikum...  Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu lagi diruang yang kecil ini.. Saya cuba untuk kembali menulis di sini... Melunaskan rasa rindu pada dunia blog ini... Ingin saya berkongsi sedikit mutiara ilmu yang dipetik dari buku 'Senyum' karangan 'tok Guru' saya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man... harap ia nya dapat menjentik minda setiap yang singgah di sini .... senyummmmmm...   Setiap orang dengan tabienya akan sayangkan harta... Sehingga ada yang sanggup mati kerana mempertahankannya. Sedang apa yang dipertahankan itu akan hilang selepas kematiannya. Mungkin yang akan mewarisi hartanya ialah orang yang dimusuhi selama ini sama ada bapa, saudaranya atau warisnya yang lain. Apabila memberi infak, derma atau sumbangan wang ringgit, kita akan terasa berat untuk mengeluarkannya pada jumlah yang agak besar. Umpamanya kalau kita menderma satu ribu, kita akan merasa besarnya jumlah tersebut. Perasaan itu disebabkan kita beranggapan umur kita mas...

Catatan Buat Kakak Manis..

Imej
Assalamualaikum saudara seaqidah yang lama saya tinggalkan.... Berbulan-bulan menyepi,namun saat ini saya gagahi jejari untuk membina patah demi patah perkataan... Kerana seorang sahabat saya terpanggil untuk menukilkan sesuatu... ********************* Buat kakak yang manis.... saat kakak berbicara dalam sendu tempohari sebenarnya saya ingin  mengucapkan lebih banyak kata2 untuk memujuk hati seorang sahabat..  kerana menahan perasaan sedih...simpati, kata2 itu sekadar tercicir di kerongkong nan sempit ini... Kakak yang manis... saya tahu kakak seorang yang sabar di atas ujiannya... cuma kadang2 kita sering tenggelam dalam rasa kesedihan...betulkan.. kerana waktu itu kita belum mampu menterjemahkan apakah hikmah disebalik semua yang terjadi.. Kakak ku yang manis... Allah tak pernah menzalimi hambanya... Lebih2 lagi manusia sebaik kakak.. Hari ini kita mungkin tak mampu mencungkil kebaikan di sebalik sesuatu dugaan... tapi percayalah kakak... Inilah yang ma...

Akibat Suka Mempersenda

Imej
Ada seorang lelaki yang dikenali sebagai seorang yang amat suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Mungkin dia merasakan itu hanya sekadar untuk bersuka-suka atau saja-saja. Namun tanpa disedari, sikapnya itu menimbulkan banyak masalah di kalangan penduduk setempat dan lebih bahaya lagi apabila soalan-soalannya menyentuh soal keimanan.

Berhati-hati..Kita Diintai setiap Masa......

Imej
Assalamualaikum.... 5 minggu  blog ini terbiar tanpa berusik..Alhamdulillah hari ada sedikit keiginan untuk berkongsi apa yang boleh dikongsikan bersama..Mudah2an ada manfaatnya.... Malaikat Maut Mengintai Kita 70 kali Sehari..... Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka. Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.” Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghe...

Salam Kerinduan...

Imej
Tatkala hati teringatkan teman,  terfikir diminda adakah aku juga ada didalam hati-hati kalian,  tatkala hati rindukan teman,  terfikir diminda adakah aku juga dirindui,  tatkala kaki berat untuk melangkah pergi,  hati tertanya, adakah kalian ingin bersamaku lagi   Aku rindu benar pada kalian.  Moga doaku diterima  agar aku tak kan kehilangan teman seperti kalian.  Semoga bertemu dan berpisah kita kerana YANG MAHA ESA. KembaraHati : Lama tak jengok blog sendiri dan blog kengkawan..Sekadar kerap berinstagram yang dilinkkan dengan FB...Terima kasih pada yang masih sudi singgah dan menjadi follower2 baru.. mama aryan ... Ira ..., akak  alhamdulillah sihat .. Syukra n sudi bertanya khabar.. cuma bermula dari kekangan masa , tetiba perasaan untuk menjengok blog pun  jadi pudar , seperti tiada hati untuk berkongsi cerita.....  entah men g apa...2013 ini, sering di dalam fikir kematian menjadi agenda ut...

DIA Sentiasa di Sisi...

Imej
KembaraHati : Bila terasa sunyi. Buka mata dan buka hati. Fikir sejenak dan katakan pada diri : “Wahai diri, kau punya ALLAH ! " p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ada Pelangi selepas Badai..

Imej
Mindset ketika menghadapi ujian hidup: 1. Kenapa ujian seberat ini ? “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya” Al-Baqarah: 286 2. Rasa frust? “Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,  padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,  jika kamu orang yang beriman.” Al-Imran: 139 3. Bagaimana harus aku menghadapinya? “dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat  dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang kusyuk.” Al-Baqarah: 45 4. Apa yang aku dapat daripada semua ini? “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin,  diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...” Al-Taubah: 111 5. Tidak! Aku dah tak dapat bertahan!! “dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kufur” Yusuf: 87 ...

Arak Menjadi Cuka...

Imej
Assalamualaikum... Diceritakan bahawa Umar bin Khatab berjalan-jalan di pinggir kota. Beliau melihat seorang pemuda membata botol disorok di balik bajunya. Lalu Umar berkata, “Wahai pemuda, apa yang engkau sorokkan di balik bajumu itu?” Sebenarnya ia membawa arak namun takut untuk mengatakannya. Maka dalam hatinya berdoa, “Ya Tuhanku, jangan Engkau beri aku malu di hadapan Umar, jangan Engkau bukakan rahsiaku kepadanya. Aku berjanji tidak akan minum arak selamanya.” Kemudian pemuda itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, yang aku bawa ini adalah cuka.” Lalu Umar berkata, “Cuba bawa ke sini aku lihat.” Kemudian pemuda itu mengeluarkannya dan diperiksa oleh Umar dan…ternyata memang benar arak itu cuka. Maka lihatlah kepada makhluk yang bertaubat hanya keranat takut kepada makhluk sahaja, Allah lantas mengganti araknya kepada cuka kerana tahu keikhlasan dia bertaubat. Maka seandainya orang yang melakukan kejahatan, ia lantas bertaubat nasuha dan menyesali dosanya, tentu Allah akan meneri...

UNIK...BATU RUPA KEK LAPIS..

Imej
Pemandangan yang begitu unik. Ini adalah pemandangan kawasan  bukit batu di Utah, Arizon, Amerika Syarikat yang kelihatan seperti kek lapis, coklat. Menurut kajian Batuan ini dipercayai terbentuk kira-kira hampir 190 juta tahun lalu dan saling bertindih di antara satu sama lain. Kini ia menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik di sana... Masha ALLAH....Cantik mata memandang...Siapa sangka, di atas muka bumi ini ada kawasan bukit batu yang kelihatan seperti kek lapis...Hebat ALLAH kan... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Eh....Geli Tak...?

Imej
 Assalamualaikum... Hari ni kita 'borak-borak'  pasal ular nak..? Hokeh....! Ramai di kalangan kita terutama hawa yang geli kat makhluk di bawah ni kan..Saya pernah punya seorang kawan..yang tak mampu memandang gambar ular ..kerana tahap kegelian yang sangat2 tinggi..:).. Kita tengok serba sedikit info tentang encik ular ni ye.. Ular merupakan reptilia maging yang panjang dan tidak berkaki dalam suborder Serpentes. Seperti semua spesies Squamata, ular merupakan vertebrat amniot ektoterma yang berkulitkan sisik yang bertindan-tindan. Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya berbanding leluhur cicaknya supaya mudah untuk menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat lincah. Untuk menampung badan ular yang sempit, organ-organ yang berpasangan (seperti ginjal) tersusun secara berikut-ikut, bukan bersebelahan, apalagi kebanyakan ular hanya mempunyai sebatang paru-paru. Sesetengah spesies mempunyai girdel pelvis dengan...

Seri Pengantin..

Imej
Assalamualaikum.... Cuti sekolah masih bersisa lebih kurang 2 minggu lagi... Masih ada masa waktu untuk membawa keluarga bercuti bersama-sama bagi yang masih belum berpeluang melakukannya... Saya ingin perkenalkan lokasi yang sering saya , keluarga dan adik beradik kunjungi... Janda Baik...Sebuah lokasi percutian yang sangat menarik untuk percutian keluarga... Antara resort yang pernah saya bermalam ialah di Seri Pengantin... Seri Pengantin Resort terletak di tengah-tengah Janda Baik,  terletak 45 km dari pusat bandar. SERI PENGANTIN RESORT Janda Baik, 686, Kampung Sum-Sum Hilir, Janda Baik , 28750 Bentong, Pahang, Malaysia Papan tanda di  pintu masuk dan pemandangan di ruang  hadapan resort berkenaan... Setiap bilik ada bakoni yang mengadap sebuah kolam..Sangat2 kampung...Memang seronok.. Persekitarannya di Seri Pegantin dapat menenangkan  jiwa  dengan kehijauan hutan.Merupakan kawasan perbukitan dan tanah ting...