Saat Kita Kehilangan Jangan Biar Diri Kita HILANG Bersama kehilangan Itu..

Bila mana seorang demi seorang menantu sedara kehilangan kandungan mereka...rasa terpanggil untuk berkongsi kisah yang pernah aku lalui.... 
======================

Begini kisahnya.....

Kandungan pertama, 1999... 
---------------------------------------------
Di awalnya, berlaku pendarahan atau bleeding. Doktor kata mungkin mahu keguguran.. Tapi Allah Maha berkuasa , Alhamdulillah kandungan aku selamat sehingga saat melahirkan Jun 2000... Setelah melalui pengalaman mabuk yang agak teruk...  

Kandungan ke 2, 2003.
-------------------------------------
Tiga tahun kemudian , direzekikan mengandung Kali ke dua setelah anak sulung berusia 3 tahun... Gembira nya ketika itu seperti dapat tahu mengandung sulung... Kali ini tiada alahan seperti kali pertama dahulu.... Suatu hari di hujung minggu, tergerak hati untuk menyental lantai bilik air dan mengemas rumah.... Paginya operasi mengemas , petangnya badan rasa kurang enak seperti mahu demam... Kesokankan harinya mula bledding... Tengahari, perut mula rasa sakit...  Sehingga petangnya, rengat diperut semakin kuat...  Dalam keadaan contraction yang semakin kerap,  dibantu suami untuk ke bilik air... Ketika di bilik air itulah keluar satu ketulan darah yang lengkap bersalut...  
Maka bermula lah episod keguguran dalam hidup aku...

Kandungan ke 3, 2005
------------------------------------
sekali lagi disahkan mengandung untuk kali ke 3... Kali ini alahan yang teruk sama seperti kandungan pertama... Sepanjang mengandung alhamdulillah tiada bleeding... Kandungannya selamat dilahirkan pada Disember 2005 . Melahirkan baby girl setelah berjuang menanggung kesakitan selama 17 jam ..di kala suami juga sedang berjuang menghadapi Peperiksaan di USM Penang... Pengalaman berjauhan dengan suami di kala ingin membawa seorang insan melihat dunia...

Kandungan ke 4, 2006
------------------------------------
Ketika baby girl aku berusia 9 bulan September 2006, aku mengandung lagi.. Kali ini tiada alahan seperti kandungan pertama dan ke 3... 
Suatu hari aku menghadiri meeting di PPD. Lalu bersama beberapa orang rakan, kami menaiki teksi dan terpaksa menapak untuk sampai ke PPD. Sekali lagi menapak ketika hendak ke stesen teksi ketika pulangnya..... 
Keesokan harinya aku mula bledding... Dari sedikit menjadi banyak..tidak mahu peristiwa kehilangan kandungan berulang, aku dan suami bergegas ke klinik...  Setelah pemeriksaan dijalankan doktor memaklumkan yang janin sudah tidak kelihatan. Apa lagi yang mampu aku buat selain redha . Setelah menanggung kesakitan seakan mahu bersalin, akhirnya sekali lagi di bulan November ketulan yang hanya bertahan 2 bulan keluar dari rahim. 

Dalam tempoh berpantang... Sekali lagi didatangi ujian... Tidak semena-mena tapak kaki kanan terasa sakit ketika berpijak ke lantai.. mulanya ingat sakit biasa-biasa sahaja... Namun keesokan harinya kesakitan itu beralih ke sebelah kiri pula, sedangkan sakit di sebelah kanan belum pun hilang... sehingga lah rasa sakit itu mula berpindah ke tangan kanan dan kiri.. bermakna setiap hari rasa Sakit bertambah dan berjangkit dari kanan ke kiri ... Akhirnya seluruh anggota badan. 
Dalam keadaan sudah tidak mampu berjalan, suaminya memapah aku ke bilik air untuk mengambil wuduk di suatu subuh yang hening... Pun begitu belum sempat sampai di bilik air, aku tidak sedarkan diri.... Selepas tersedar aku langsung tak mampu untuk melangkah lagi... Bermulalah kehidupan di atas katil... Hidup bagaikan orang lumpuh... Yang setiap pagi  diuruskan oleh suami hatta mahu ke bilik air untuk mandi. Ketika itu suaminya  terpaksa berkejar pula untuk bertugas sebagai pengawas Peperiksaan SPM..  Emak mengambil alih tugas menguruskan aku ketika ketiadaan suami . Setiap Kali tiba waktu solat, maka berwuduk dan bersolat lah dia di birai katil... Setiap kali bergerak badan terasa sangat sakit dan bisa... Jangan ada yang memegang badan ini .. kerana sentuhan itu, walau pun perlahan tetapi mendatangkan rasa sakit yang teramat ... Setiap kali anak merangkak datang menghampiri , badan sudah terasa sakit mencucuk cucuk... Masa itu aku hanya mampu menjerit memanggil emak supaya menghalang anak dari mendekati...  Hanya tuhan yang tahu betapa pilunya  perasaan seorang ibu melihat anak yang ketika itu masih menyusu tetapi tidak mampu diurusi..😭
Berubat dengan perubatan hemopati... Kerana aku seorang yang culas dengan hospital...dan kerana sangat disiplinnya dengan ubat yang dibekalkan.. maka Allah tak uji dalam tempoh masa yang lama... Dua minggu kemudian ubat tersebut telah menampakkan kesan positif pada kesihatan aku .. Sudah boleh bertatih, seperti bayi baru mendapat kaki... Tak perlu dikendong oleh suami lagi untuk bergerak... Alhamdulillah dua minggu  sudah boleh berjalan menggunakan tongkat... Nasib aku agak baik , kerana sakit yang Allah aturkan ini ketika itu pada waktu cuti persekolahan hujung tahun... Beberapa hari sebelum mula bertugas aku akhirnya telah sembuh sepenuhnya...
Asbab terlantar dua minggu ketika itu aku hilang berat badan 10 kg..

Kandungan ke 5, 2007
------------------------------------
Mengandung lagi kali ke 5... Kali ini aku seakan fobia bila tahu diri mengandung... Mungkin pengalaman dan rasa kesakitan sebelum ini membuat kan diri menjadi trauma... lebih-lebih lagi Kali ini juga tidak alahan... Hati mula risau, begitu pun, cuba menepis rasa tidak sedap hati dan cuba menjaga sebaik mungkin kandungan... Suami tak izinkan aku melakukan kerja-kerja rumah... Aku sendiri sangat berambi terhadap kandungan kali ini... Rasa serik mengalami sakit keguguran yang tiada beza dengan sakit bersalin.. Namun, dalam berhati-hati, akhirnya bledding juga ketika kandungan berusia dua bulan ...  Hasil scan yang dijalankan, doktor memberitahu yang kandungan aku telah turun dan tunggu masa untuk keluar.... Masa tu tanpa aku sedar...aku menangis di hadapan doktor.... Allahu... Aku Pujuk hati.... mungkin ini caranya Allah nak ampun kan dosa-dosa aku.. Selagi days aku cuba berfikiran positif. Begitulah setiap kali berhadapan dengan situasi ini... Sentiasa Pujuk diri , pujuk hati...Allah tahu apa yang terbaik ... Yang kita mahu..yang kita suka belum tentu baik untuk kita..tapi yang kita tak mahu, itu lah yang baik untuk kita.. sekurang-kurangnya aku punya sepasang zuriat yang sihat...

Kandungan ke 6, 2008.
--------------------------------------
Rezeki Allah,  mengandung lagi.... Kali ini perasaan fobia  semakin meningkat.... Sentiasa berdebar... Lebih-lebih lagi mengandung yang ini juga tidak alahan... Ia seolah-olah sudah memberi petunjuk untuk kehilangan seterusnya... Sungguh , aku rasa takut....  Takut setiap kali ingin ke tandas...  pasti akan terbayang akan darah dan ketulan darah...
Bila usia kandungan mencecah 3 bulan lebih ada rasa lega. 
Namun apa, yang ditakuti  diawal-awalnya benar-benar terjadi...  Kerana kerapnya gugur maka kami buat pilihan untuk mendapatkan rawatan doktor pakar... Bleeding Kali ini lebih banyak darah...  dan lebih sakit..
Seperti tiga kandungan yang lain, yang ini juga tidak dapat diselamat kan...😭😭😭😭... Maka sekali lagi aku berpantang, kali ke 6...
Redha dan berlapang dada dengan apa yang berlaku..... Ada hikmahnya.. walau dalam hati kadang-kadang tak terhitung kesedihan..

Takdir Allah tiada siapa pun mampu menghalang... Januari 2009, Allah kurniakan sekali lagi rezeki untuk bergelar ummi...

Kandungan ke 7, 2009
---------------------------------------
Kali ini mengandung sambil melawan rasa trauma yang bukan sedikit...  Tak mampu sembunyikan rasa trauma tapi suami selalu ada memberi kata-kata semangat... Dan perasaan takut itu semakin berkurangan bila usia kandungan masuk dua Bulan, aku mula alami alahan teruk sebagaimana ketika mengandung kali pertama dan ke tiga dahulu.... 
Alhamdulillah...kandungan ke 7 ini berjaya mencecah usia 9 bulan... Pada 25 September kami memilih untuk ke KMC kerana usia kandungan terlebih hari dan perlu di induce.. Pukul 7 petang doktor masukkan ubat... Dan tak lama kemudian aku mula contraction... Sakit kali ini lebih sakit dari kebiasaan... Sehingga paha menjadi kebas kerana menahan sakit yang teramat...  Pukul 5 pagi, 26 September aku disorong ke labour room.. Hati berdebar bila mana bidan memberitahu tak jumpa detak jantung baby ketika alat pengesan dipasangkan diperut. Aku Masih tetap bersangka baik...dan berdoa agar keadaan baik-baik sahaja...Sebolehnya Aku tidak mahu langsung memikirkan kemungkinan  buruk, Kerana semalamnya aku melangkah dari rumah untuk ke hospital ini dengan penuh rasa keterujaan.. Rasa tak sabar nak jumpa, nak melihat dan menatap wajah baby yang aku tunggu, setelah 5 tahun berturut-turut perasaan teruji...disulami satu persatu ujian.... 
Tuhannnn...dalam hati ini tak putus-putus berdoa dan berharap...
Disebabkan keadaan sedikit cemas doktor dipanggil segera... Aku ingat lagi , Doktor Sue namanya..Sama juga keadaannya.. Doktor masih tak mampu mencari detak jantung baby...ketika itu sudah tidak mampu nak fikir apa-apa ...hanya mahu fikir yang baik-baik saja...sambil berharap apa yang dimaklumkan oleh doktor itu semuanya tidak benar... 
Itu yang kita harapkan...
Namun....Realiti nya....  
Doktor maklumkan yang baby telah pun meninggal.. ..😭😭😭😭
Allahu...
Biar doktor mahu kata apa, Pun begitu hati ini masih kuat mengharap akan ada keajaiban... Mengharap akan mendengar suara tangisan saat tubuh kecil itu meluncur keluar nanti...
Mana mungkin... Pukul 1 pagi masih jelas dan kuat bunyi jantung baby... Dalam tempoh 4 jam.... Tak kan lah... Allahuakbar..Aku lupa seketika , kita ni milik siapa... aku lupa Yang nyawa kita sangat rapuh.. Mati itu tidak menunggu sakit..

Padahal kematian seseorang
boleh terjadi di dalam rahim ibunya.

Astagfirullah... Kembali beristigfar saat fikiran kembali waras.... 
Siapa aku untuk menidakkan takdirNYA...😪
Mahu tidak mahu kami  kena hadapi... Kami kena terima kenyataan saat tubuh kecil itu menjengah dunia tanpa suara tangisan... Si ummi mahu membawa anak melihat dunia..sedangkan Allah telah mengatur dan menyediakan tempat yang lebih indah untuknya ... Maka si ummi bukan sahaja membawa anak lahir ke dunia, bahkan menghantarnya ke syurga Allah... Hati ibu mana yang tidak sedih.. hati ayah mana yang tidak rawan...
Bohong lah.. Tipu lah kalau aku kata aku kuat... Tapi aku tetap cuba... Aku tetap usaha untuk menjadi kuat.. Sebab aku Fikir satu je... Kerana aku Mampu.. Ye... Kerana aku mampu sebab itu Allah pilih aku.. Hanya Allah yang tahu bagaimana aku berusaha untuk bersabar dalam menghadapi ujian... Ianya tidak mudah . Tapi Alhamdulillah aku dikelilingi insan-insan yang sentiasa memberi semangat.. Yang sentiasa menyayangi aku.. Sepanjang tempoh 5 tahun, aku rasa ini lah kemuncaknya... dan mereka di sisi akulah yang menjadikan aku kuat.
Apa pun berlaku...hati kena teguh.... 

Aku selalu ingatkan diri sendiri.... Anggaplah apa yang telah dilalui ini hanyalah satu ujian kecil... Kerana ramai lagi orang di sekeliling kita yang lebih hebat diuji...

Allah uji kerana kita mampu...sebab kita Mampu... 

--- ==================== ---

Bersabar lah kepada yang sedang dalam kesedihan.... Sesungguhnya kita tidak keseorangan... 
Redha akan menjadikan kita ikhlas dalam menerima ujianNYA... Semoga kuat..dan ujian itu sendiri nak mendidik kita menjadi kuat...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...