Kita Bagaikan Layang-layang

Teringat memori zaman kanak-kanak dahulu...
Masa itu,pokok disekeliling belum tinggi melayut..Wayar-wayar dan tiang elektrik pun belum banyak lagi merentang jalan....Jadi selalu lah petang-petang waktu angin banyak saya dan rakan sepermainan menjadi penonton kanak-kanak lelaki bermain layang-layang..sesekali rasa teringin, berhasil juga saya membuat layang-layang dan terbangkannya di angkasa..
walau adakalanya ia terbang jatuh...terbang jatuh..
Anak-anak saya tak berkesempatan untuk merasai nikmat bermain layang-layang...Banyak sebab yang tidak mengizinkan layang-layang dikawasan perumahan kami terbang bebas..Rasanya di mana-mana pun sama saja , asalkan namanya kawasan perumahan..
manakan tidak..terlalu banyak halangan yang menanti , walau pun tidak banyak pokok disekitarnya tetapi 'pokok-pokok besi' dan wayar elektrik sangat-sangat menghalang keinginan untuk menerbangkan lelayang..Kawasan perumahan pula sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang..Ada ketikanya budak-budak remaja yang menunggang motor pula agak laju ketika menggunakan jalan yang ada...Angin yang tidak semewah angin pantai juga menjadikan hasrat itu terhalang.

Hujung minggu baru-baru ni selepas meninggalkan Gold Coast Morib Resort saya dan encik suami berkesempatan membawa anak-anak untuk merasai nikmat bermain layang-layang di Dataran Pantai Morib..
Sungguh, anak-anak sangat teruja.. Hingga saya dan encik suami juga turut berkesempatan melepaskan gian untuk bermain lelayang..
Satu permainan yang telah berpuluh tahun ditinggalkan..

Pelbagai warna dan bentuk yang menarik.







Inilah secebis dari catatan perjalanan kami sekeluarga..Sesekali bibir melukis senyuman melihat beberapa layang-layang yang bergantungan di atas pepohon yang tinggi...Entah siapalah tuan yang empunya..
Melihat layang-layang yang tersangkut itu,
hati terdetik, Begitu juga dengan kehidupan kita..
..
Ulasan
er..dh lama tak lepak kat morib...jom kita pergi morib lagi...jommm..hehehe
teringat kenangan main layang2 d bukit bersama rakan2..Allahurabbi...Alhamdulillah di ats nikmat itu..ana sgt mnyukai angin..kerana itu sgt seronok bermain layang2 kerana merasai nikmat angin yg dikurniakan Allah..
jazakillah khairan kaseeran di ats prkongsian..jadilah lebih kuat dr layang2..kerana kita adalah khalifah yg sempurna ciptaan Allah..layang2 hanyalah buatan manusia..wallahua'lam bissawab..smoga terus kuat bertinta mnyebarkn dkwah..^^