Solat Sambil Mendukung Bayi

Boleh ye bersolat sambil mendukung bayi...?Mungkin sebelum ni kita pernah dengar tapi tidak begitu jelas... Atau mungkin juga kita tidak pernah mendengar tentang perkara ini...Bagi ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak kecil boleh la kita lihat jawapan dari kemusyilan ini..Selebihnya, kita carilah orang yang berilmu untuk belajar dan fahaminya..

Dibawah ini C'jai sertakan soal jawab yang di petik bersumberkan dari
SINI...

Soalan:

Assalamualaikum,

saya ada membaca tentang solat sambil mendukung bayi, ada yang kata boleh muis.ismaweb.net/2010/05/solat-sambil-dukung-anak/ , kemudian disangkal melalui http://bankahbash.blogspot.com/2010/06/fitnah-zamihan-mat-zin-1.html. mane satu nih ustaz? saya memerlukan jawapan drpd pihak JAKIM kerana kesahihan dari JAKIM amat kami para ibu perlukan.

Jawapan

Waalaikumussalam...

Pergerakan yang dibenarkan atau tidak membatalkan solat ialah solat pergerakan yang tidak melebehi tiga kali berturut-turut. Begitu juga mendokong anak atau mendapatkan anak dalam solat diharuskan dengan syarat anak tersebut tidak menanggung najis dan perjalanannya (pergerakan) ketika mendapatkan anaknya tidak melebihi tiga langkah secara berturut-turut.Walau bagaimanapun adalah lebih baik sekiranya anak itu dijaga sekejap oleh orang lain, supaya tidak mengganggu jamaah yang lain.

Sekarang Kita lihat pula apa kata Ustaz Azhar Idrus..
Klik untuk besarkan gambar

Yang ini pula dikongsikan dari Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original ).

Bagi yang tak nampak sebab tulisan kecik boleh baca di bawah ni..

Soalan:

Pandangan ustaz / cara yang betul untuk solat sambil mengendong / mendukung bayi.


Jawapan ustaz:
Tidak disuruh dukung bayi dalam solat.. tetapi jika terpaksa maka diharuskan dgn tidak melakukan pergerakan 3 kali berturut2 dan disyaratkan bayi tidak ada najis pd badan dan pakaiannya..


Perlu diingat,
'Tidak boleh melakukan pergerakan 3 kali berturut2',
tidak sama maksudnya dengan melakukan pergerakan 3 kali dalam 1 solat.
Ikut Mazhab Syafie, kita boleh gerak banyak kali dalam satu solat, asalkan pergerakan itu jangan sampai 3 kali berturut-turut dalam satu masa.

Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...~♥♥ ummuainries ♥♥~

Ulasan

Saya Disini berkata…
tq..info sngt berguna
Unknown berkata…
nice...boleh dijadikan rujukan.
Alhamdulillah! ilmu baru :) terima kasih, kerana sudi berkongsi :)
Unknown berkata…
Asalamualikum ya Muslimah..
Pertama kali nampak solat dukung anak, alhmdulillah lengkap dengan jawapannya..insyaAllah nak datang lagi dan saya linkkan blog ya..syukran..
Jahirah berkata…
seeloknya bagi org jaga baby masa nak solatkan....tp kalau dah darurat xde org nak tolong jaga baby tu lain kira la...baru jelas..:)
insan_marhaen berkata…
Sama2 lah kita berkongsi..ilmu milik Allah tu sangat luas..
Betul sangat kata Aishah...bak kata ustaz dr JAKIM tu ..

"Walau bagaimanapun adalah lebih baik sekiranya anak itu dijaga sekejap oleh orang lain, supaya tidak mengganggu jamaah yang lain."

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...