Suka makan ketam tak...?
Sup ketam...? ketam goreng...? gulai lemak cili padi ketam...?
Resepi ketam masak bercili
gulai lemak ketam
sup ketam
hurmmmm...lazat..lazat..lazat..(sambil dok telan air liur..alahai teringin la pulak)...
Tetiba tulis pasal , apa hal pulak..? Bukan nak kongsi resepi tapi Sebenarnya hari ni nak bawakan satu kisah berkaitan ...Dah lama nak tulis kisah ni tapi asyik bertangguh-tangguh je..
Tahu tak...,ada satu sifat dalam diri yang jarang-jarang kita ambil peduli.. Haaa..! ni ada sifat dengki atau iri hati .
Ada satu kisah, di sebuah kampung di selatan Filipina...Suatu hari penduduknya telah menangkap .....
yang dapat ditangkap dimasukkan ke dalam tong atau kotak.
Yang menghairankan tiada satu pun itu cuba keluar dari tong atau kotak tersebut. Atau senang cerita, 'tiada cubaan meloloskan diri'.
Apabila ditanya tentang perkara itu, penduduk kampung lalu membuka rahsia...Mereka memberitahu, jika ada seekor yang cuba memanjat tong atau kotak, maka di bawah akan menarik jatuh yang cuba keluar itu. Begitulah seterusnya..jika ada lagi yang cuba meloloskan diri ,akan ada lain yang akan menjatuhkan mereka.Sehingga akhirnya tidak ada yang cuba memanjat untuk keluar dari kotak.
Jadi apa kaitan nya dengan kita..? Cuba Lihat dan perhatikan manusia di sekeliling kita...Percayalah, ramai manusia yang bersifat seperti berhampiran kita.Jika ada rakan yang 'duduk di atas' atau berjaya sedikit daripada orang lain maka rakan itu akan cuba 'diturunkan'.
Begitu juga jika ada rakan yang terkedepan, maka 'manusia ini akan cuba menarik mereka kebelakang kembali.Inilah sifat hasad dengki yang ada dalam diri sang .
Andai sifat ini ada dalam diri kita, kita sebenarnya berada dalam PENJARA.....
Itulah PENJARA HATI......
p/s : ingatan untuk diri sendiri khususnya ..
dan buat teman-teman yang mahu berfikir amnya..agar menghindari diri dari sifat hasad dan dengki..
Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...~♥♥ ummuainries ♥♥~
Ulasan
typing error..hehee