Aduhai ...Bertuahnya Kita,.. Wahai Isteri Wahai Wanita.....

Allah mewajibkan isteri melayani suami.
Tapi apakah yang dimaksudkan dengan layanan itu..?
Ramai yang beranggapan bahawa melayani suami itu tertumpu pada hubungan untuk memenuhi naluri manusia, atau hubungan tubuh semata-mata.
Lalu perkara lain seolah-olah tidak termasuk di dalamnya.
Tidak pula saya berniat untuk menghuraikan lebih lanjut tentang perkara di atas..^
Cuma saya ingin kongsi bersama apa yang saya temui..
dan selitkan dalam n3 hari ini..

Wahai Isteri-isteri...
pernah tak melakukan perkara-perkara ini untuk suami......???
Kalau telah dijadikan amalan, ALHAMDULILLAH...
dan kalau belum..
masih belum terlambat ...
mulakan saat ini juga..
Melakukan nya, suami isteri kelihatan begitu 'romantik' sekali..
Bukan itu sahaja..
Bahkan yang lebih penting sekali,
lihat ganjaran yang ALLAH sediakan untuk isteri2 yang sentiasa menyenangi hati dan perasaan suami...
Sebaiknya lakukan kerana ingin mendapatkan keREDHAan ALLAH..

Menyentuh tajuk berkaitan 'layanan' isteri terhadap suami...,
Rasulullah SAW bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud:

"Mana-mana wanita yang melayani suaminya,
meminyakkan rambut suaminya,
menggunting misainya,
memotong kukunya
maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah
daripada air syurga
dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut,
dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga
dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka
dan selamat melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan."

Mudahkan wanita nak masuk syurga...
Nabi s.a.w kata...
“Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.”
Tapi wanita juga lah yang ramai jadi penghuni NERAKA......
KERANA kadang-kadang kita suka......
  1. memaki dan melaknat.
  2. Mengatakan bahawa tiada apa-apa kebaikan yang suaminya lakukan kepada kita.
Telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

“Telah aku lihat di dalam neraka pada malam mi’raj, maka aku nampak kebanyakan isinya perempuan.” Maka kataku daripada sahabatnya: “Kerana apa begitu ya Rasulullah?” Maka sabdanya: ” Sebab pun perempuan-perempuan itu banyak mereka itu mengutuk menghamun, sangat pelucah mulutnya tidak mahu sabar atas satu perkara melainkan apabila tak kena apa suatu perkara di dalam hatinya daripada perbuatan siapa-siapa juga, maka lekas ia mengutuk memaki, bukanlah ia diam atau berkata dengan perkataan baik.” Dan satu lagi: “Tidak mengatakan ada apa-apa kebaikan dan kemanfaatan suaminya, iaitu jikalau diberi oleh suami akan isterinya nafkah dan kiswah dan tempat tinggal yang sekadar upayanya, dan bermesra manis tidak sentiasa bengkeng, dan mambaikkan tadbir baginya oleh suaminya, maka semuanya itu dikatakannya tidak ada apa baik suaminya, dan tidak sekali-kali dikenangnya dan syukur ia atas sekalian perkara itu, jauh sekali dipujinya dengan kerana banyak perempuan-perempuan itu demikian banyaklah pula mereka itu masuk neraka.”

Oleh itu kita para wanita wajar besyukur dengan nasihat yang diberikan Rasulullah ini. Kita hendaklah yakin bahawa Allah itu Maha Adil, tetapi manusia itu sendirilah yang sering tidak berlaku adil kepada dirinya.

Wallahu a’lam.

Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ ummuainries ♥♥~

Ulasan

Unknown berkata…
tq...kekadang kita kn selalu diingatkan...bangga ku seorang wanita jg isteri.....:)
Zai Zamree berkata…
soronoknya tgk org lain mjd seorg isteri..bertuah sungguh..
Leeza berkata…
Insya Allah akan dipraktikkan bila dah bersuami satu masa nanti =p
insan_marhaen berkata…
@Leeza. Mudah2an kita semua jd dan akan jadi isteri solehah...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...