Isteriku Menulis di atas PASIR dan BATU

Sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat keras. Isteri yang diherdik, merasa sakit hati, tapi tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU.






Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis dimana mereka memutuskan untuk mandi. Si Isteri, mencuba berenang namun nyaris tenggelam dan berhasil diselamatkan suaminya. Ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya hilang dia menulis di sebuah batu : HARI INI SUAMIKU YG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU.







Suami bertanya : “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu ?”

Isterinya sambil tersenyum menjawab : “Ketika hal buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan itu dan aku dapat melupakannya... Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa dilakukan suamiku, aku harus memahatnya di atas batu hatiku, agar tidak akan hilang tertiup angin waktu dan akan kuingat selamanya."

Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Terkadang.., malah sangat menyakitkan, oleh kerana itu cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah yang lalu. Yang terpenting dari pelajaran di atas, adalah :

"Belajarlah untuk selalu MENULIS DI ATAS PASIR untuk semua hal yang MENYAKITKAN dan selalu MENGUKIR DI ATAS BATU untuk semua KEBAIKAN ...."

Semoga kita semua mengerti betapa berharganya sebuah "KELUARGA”.










KERANA SUDI MEMBACA HINGGA KE NOKTAH AKHIR


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
izin share
insan_marhaen berkata…
Silakan Saudara/i... mdah2an ia mendtgkan manfaat...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...