SYUKRAN FOLLOWER2 UMMUAINRIES ~ ..:FOLLOWER ke 100:....
Assalamualaikum...
Entri ini saya coretkan Sempena blog saya yang telah mencecah FOLLOWER yang ke 100...(Sebenarnya 'baru' 100 je)..Tak kisahlah, Bukan ramai atau tidak follower itu yang kita banggakan cuma mengharap apa yang kita ingin kongsikan tercapai maksudnya dan sahabat sudi membaca walau tidak menjadi follower sekalipun..Ingat tentang catatan saya berkaitan UJUB ZAMAN MODEN...Semoga kita dikeluarkan dari golongan ini..
Terima kasih kepada semua FOLLOWER yang sudi ber ukwah... Yang selalu terjah ke sini pun apa kurangnya..Terima kasih tak terhingga...Kalau boleh ingin saya war2 kan di sini , antara yang saya sedar kehadirannya ...... ALQASSAM, Sue@Syuhada, dan Akhi Huzaifah yang jauh nun di Timur Tengah...dan ada lagi beberapa org yang lain..Yang saya tidak nyatakan di sini jangan berkecil hati ye...Yang sudi memberi komentar juga, ImaHanim Zakaria, cik ah atau sesapa saje...SYUKRAAAAN Jazillah...
Kepada Saudari Shida 'R anda FOLLOWER yang ke 100..Syukran sudi Follow...
Biasanya saya jarang FOLLOW satu-satu blog itu, kecuali blog tersebut saya kira isi kandungannya boleh saya jadikan sebagai rujukan ...Saya sekadar singgah dan akan meninggalkan jejak sahaja pada kebiasaannya.. Tetapi andai ada yang Follow maka saya akan Follow kembali sahabat2...
Sebetulnya saya bimbang andai saya follow sesuatu blog, rupa2nya tuan laman tersebut tak serasi dengan saya atau kurang gemar dengan perkara2 yang saya luahkan di laman ini...Dan peristiwa saya di unfollow oleh salah seorang tuan blog satu saat dulu, telah mengajar saya untuk untuk lebih berhati-hati dalam 'memfollow' sesebuah blog...Kita perlu ingat , tidak semua orang selesa dengan apa jua paparan kita.. Jadi sesiapa yang sudi Follow saya, saya kira dia serasi dan boleh menerima saya..dan dengan itu saya tanpa segan dan silu akan menjadi FOLLOWER anda.. Cuma jangan lupa tinggalkan link untuk saya kembali menerjah ya.. Kerana ada juga sahabat2 yang tidak dapat diFollow kembali kerana masalah tidak meninggalkan jejak mereka..Bukan tak sudi, cuma tak jumpa blog sahabat..'Puas sudah hamba mencari...' (^______~) ..
SYUKRAN......JAZAKALLAH... Pada sahabat2 saya..ANDA memang sahabat TERBAEK... Semoga apa jua yang kita catatkan di BLOG MASING2 bisa menjadi dakwah untuk diri kita dan insan sekeliling kita....Semoga CATATAN kita tiada yang lagha dan mengundang dosa kepada diri kita ya sahabat2..INSYAALLAH
Ulasan