Catatan

Opie... Yang Tinggal Hanya Kenangan...

Imej
Lapan Tahun.... Bukan satu jangka masa yang singkat untuk kami sebagai 'satu keluarga'... Dari baru buka mata... Jalan pun masih hogek....ummi ambik...ummi bawak balik, bila mana seekor baby kucing hilang haluan , terpisah dari si ibu.. seminggu ummi bawa pergi balik ke sekolah... Berbekal kan susu dan botol susu... Berbekalkan juga nama yang diberi..Opie... Opie berjuang untuk hidup... Pernah kami ke Kuala Lumpur membawa baby kecil ni.... Terpaksa berhenti di stesen minyak untuk membancuh susu.... Lagak kami seperti beranak kecil...😅 Alhamdulillah... Allah izinkan Opie membesar dihadapan mata kami sekeluarga...🥰  Bukan sekadar membesar...bahkan 'menua' di hadapan kami...  Ummi harap sangat kalau ada kekurangan sewaktu kita menjadi satu keluarga... Kekurangan itu mampu dimaafkan... Maaf sangat-sangat .... 😪 Lapan tahun kita jadi keluarga..selama lapan tahun menyulam kasih sayang sesama makhluk.... Dan malam tadi, entah tengah malam..entah dinih

Saat Kita Kehilangan Jangan Biar Diri Kita HILANG Bersama kehilangan Itu..

Bila mana seorang demi seorang menantu sedara kehilangan kandungan mereka...rasa terpanggil untuk berkongsi kisah yang pernah aku lalui....  ====================== Begini kisahnya..... Kandungan pertama, 1999...  --------------------------------------------- Di awalnya, berlaku pendarahan atau bleeding. Doktor kata mungkin mahu keguguran.. Tapi Allah Maha berkuasa , Alhamdulillah kandungan aku selamat sehingga saat melahirkan Jun 2000... Setelah melalui pengalaman mabuk yang agak teruk...   Kandungan ke 2, 2003. ------------------------------------- Tiga tahun kemudian , direzekikan mengandung Kali ke dua setelah anak sulung berusia 3 tahun... Gembira nya ketika itu seperti dapat tahu mengandung sulung... Kali ini tiada alahan seperti kali pertama dahulu.... Suatu hari di hujung minggu, tergerak hati untuk menyental lantai bilik air dan mengemas rumah.... Paginya operasi mengemas , petangnya badan rasa kurang enak seperti mahu demam... Kesokankan harinya mula bl

Ummi Anak Tiga Yang Ada Cuma Dua

Imej
Kisah Setahun Dulu... "Allah.... Terngiang-ngiang lagi di telinga ayat dia.." "Dua?"....Hehehh.. Ada bunyi tawa halus sambil dia menyandar pada kerusi..." "Baik tak payah beranak" . Dia menyambung lagi sambil  melemparkan senyuman tanpa rasa bersalah.. Senyumannya sangat sinis dipenglihatan saya.. Mungkin kerana hati yang baru dirobek sebentar tadi menjadikan pandangan mata saya juga berprasangka. Kata-katanya saya balas dengan senyuman... Orang tidak tahu disebalik senyuman ini mengalir air mata,,jatuhnya jauhhhhhhh ke lubuk hati yang dalam... Sekurang-kurangnya dapat sorokkan rasa hati yang baru tercalar. "Baik takpayah beranak......" Ah...Terdengar-dengar lagi.... Macam hina pula bila ada anak sedikit...hingga keluar ayat begitu... Saya mengerling pada cermin tingkap yang ada dihadapan... Ternampak raut wajah sendiri yang memerah menahan rasa. Sabarlah , mungkin Allah nak uji hati kita...Mungkin juga Allah nak didik hati kita

Si Pemberi Tudung

Imej
Suatu ketika, waktu diamanahkan sebagai guru kelas Tahun 1 , saya menerima beberapa orang murid orang asli (OA).. Seingat saya 3 orang adik beradik berumur 7, 8 dan 9 tahun.. serta tiga empat orang yang lain masing-masing dalam lingkungan usia 8, 9 dan 11...  Tahun itu merupakan tahun pertama sekolah menerima kehadiran murid OA ...  Masih kuat melekat di ingatan...salah seorangnya bernama Lizawati  berusia 9 tahun ketika itu.... Jika diperhatikan raut wajahnya memang terserlah dia murid OA.. Pun begitu saya 'jatuh hati' pada dia.... Mudah di ajar dan cepat belajar.. Seingat saya lagi, ada seorang murid Melayu yang akrab dengan Lizawati ... Beberapa bulan berlalu...suatu hari ketika melangkah ke kelas saya terpaku seketika...Tatkala melihat sehelai tudung tersarung menutupi rambut kerintingnya... Saya panggil dia ke hadapan.... ''Lizawati.. awak pakai tudung siapa ni" "Nursyahida beri saya tudung ni cikgu.." lalu saya turut memanggil murid yang d

Bila Anak-anak Mula Membesar

Imej
  Ber sedialah untuk ditinggalkan kembali berdua.... lebih-lebih lagi jika anak tak ramai...cepatlah berdua bila mereka mula menginjak usia 13 tahun.. Itulah yang saya rasa bila anak bongsu dari dua beradik mula dihantar ke asrama. Kata orang, kembali berbulan madu ... Namun ianya tak seindah yang disangkakan.. Sudah dua bulan lebih kembali berdua dengan abah mereka bila si along dan si angah di hantar ke asrama masing-masing... Awalnya airmata jadi peneman...Rindu tak terkata... Semuanya rasa serba tak kena.... dilanda kesunyian ...  ALLAH... .. 😢😢 Hati si ibu lah yang kena kuat sebenarnya... Catatan ummi dua bulan lepas.....  *********** Betul lah kata Fazura, masuk tandas pun dah rindu.... Sebenarnya, sudah berhari-hari air mata menitis secara diam-diam. Melihat anak mengemas pakaian dalam beg dua hari lepas pun air mata ummi bergenang. Dan Hari ini belum pun separuh perjalanan pulang meninggal MATAN Jerantut, airmata laju merembes k