Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Kata Orang

Imej
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata; “Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”. Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula;...

Bondaku...Hajjah Rahmah Mat

Imej
Selesai sudah kenduri di rumah Alang.. Sekecil mana pun kenduri,bila disebut kenduri lelahnya tetap terasa.. Tuan rumah apatah lagi, penatnya bukan sedikit. Waktu kenduri kendara beginilah dapat bertemu, kalau tidak semua pun hampir separuh adik beradik dan anak beranak arwah Haji Mat Sohor Hassan dan Hajjah Rahmah akan berkumpul.. Cuma kali ini saya tidak dapat menyertai mereka berkumpul atau dalam loghat Pahang disebut 'beradu' bersama-sama di rumah Alang pada malam harinya..Tidak mengapa.. Saya tetap gembira kerana pada malam itu saya dapat 'beradu' dengan bonda saya di hospital..Seronok juga sesekali tidur di dalam wad ... Walau tidur tidak selena mana.. Sekurang-kurangnya emak saya berteman malam itu jika tidak setiap malam pun..

Tanah Haram Kian menggamit Hati….

Imej
Assalamualaikum Menyambung sedikit lagi catatan Semangat Membara Untuk Menyentuh Baitullah.. yang tertangguh tempoh hari... ALLAHUROBBI..!! Terasa diri semakin hampir dengan BAITULLAH... Penerbangan kami di awalkan iaitu 27 Oktober 2010 … Sebaik mendapat kesahihan ini, barulah saya dan en.zauj menyediakan kelengkapan haji, membuat pasport dan visa serta mengambil suntikan yang untuk Jemaah haji.. Terasa begitu hampir untuk meninggalkan tanahair.Tidak sabar rasanya untuk berada pada tarikh 27 Oktober… Bermula saat ini saya mula berpesan kepada Along dan Ain..walaupun sebelum ini saya selalu bercerita tentang kemungkinan kami akan berhaji dan meninggalkan mereka di tanah air pada tahun ini… Dan setiap kali saya seusai solat…saya panjatkan doa agar Allah permudahkan urusan saya di sana dan permudahkan juga orang yang akan saya tinggalkan.. Along akan ditinggalkan bersama Mak Tehnya kerana senang untuk ke sekolah.Sedangkan Ain mahu bersama wan dan ibunya iaitu adik

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Imej
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Semangat Membara Untuk Menyentuh Baitullah..

Imej
Ini merupakan sinambungan dari kisah Terkenang-kenang tempoh hari.. Izinkan saya menyambung coretan dengan perasaan dan Semangat Membara .. Selesai berpantang saya berkesempatan menghantar ibu mertua dan abang ipar,ke Kelana Jaya.... Terbit di hati.. kalau tidak, saat ini saya dan en.zauj yang akan dihantar oleh saudara mara. Saya memasang azam, tahun 2010 nanti giliran kami berdua pula…. Sejak itu saya tidak putus-putus berdoa supaya Allah merezekikan kepada saya dan suami untuk ke Tanah Suci pada tahun berikutnya… ........2010........... Selepas apa yang berlaku…saya tidak menoleh ke belakang… Saya ingin lupakan apa yang telah terjadi dalam hidup ini.Sebaik 2010 membuka tirai, bermula sahaja kursus haji saya dan en.zauj berusaha meluangkan masa menghadirinya.. Walaupun ada ketikanya kami terlepas peluang kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan…dan saya sangat berterima kasih kepada GPK 1 sekolah tempat saya bertugas,kerana begitu memahami dan memberi keizinan kep

Terkenang-Kenang

Imej
Kehidupan ini bagaikan pelangi ........ Penuh warna warni Dan warna-warna pelangi itu sentiasa terlakar saban waktu.. Tanpa kita sedar... Sarat dengan kenangan... kenangan-kenangan indah dan pilu untuk diingati.. Suatu Saat yang terindah , ketika dijemput untuk menjadi TetamuNYA ke Tanah Suci.. Maha Suci Allah..tiada kata-kata yang dapat mengambarkan perasaan ini.. Namun disebalik JEMPUTAN itu Allah sulamkan perjalanannya dengan peristiwa yang meruntun jiwa saya, hambaNya yang KERDIL dan LEMAH ini.... Sebelum Allah benar-benar mengizinkan saya menjejakkan kaki ke sana, Dia beri saya beberapa ujian sebagai tanda KASIH SAYANG NYA. Ada hikmah yang terselit di sebalik apa yang terjadi.. Saat Hati Terpanggil untuk ke Tanah Suci..

Adakah Kau Lupa

Imej
Adakah Kau Lupa Adakah kau lupa Kita pernah berjaya Adakah kau lupa Kita pernah berkuasa Memayungi dua pertiga dunia Menrentas benua melayar samudera Keimanan juga ketaqwaan Rahsia mereka capai kejayaan Bangunlah wahai anak bangsa Kita bina kekuatan jiwa Tempuh rintangan perjuangan Gemilang generasi yang silam Membawa arus perubahan Keikhlasan hati dan nurani Ketulusan jiwa mereka berjuang Sejarah telah mengajar kita Budaya Islam di serata dunia Membina tamadun berjaya Merubah mengangkat maruah Aku Membacanya Dengan Air Mata.... Balasan...MELEWATKAN Waktu Solat Mohammed Buoazizi :- Pencetus Revolusi Tunisia Mudahkan Yang Payah.... "Eh, Kamu nak jadi ustazah ke?" Kisah Mistik .... Setandan Pisang.. Sembah Bangunan Kotak Hitam

Renungan Untuk Ummi dan Abah

Imej
..Bagilah Balik Tangan Ita... Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan..., mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula.. dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya.. terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Imej
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim). 2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim) 3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung... 4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik). 5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi) 6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, ti

Merenung Hari Muka Yang Luka

Imej
Semalam... Dia merenung masa depan yang terpancar terpingit seorang gadis. Bersamanya selautan kesopanan segunung kesantunan sebukit ketaatan.. subur tersemai perhiasan diri... Dan jejari lembut itu suci bersih Tidak pernah dicemari tangan - tangan kasar Hari ini.....

Guru Teragung

Imej
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw suri tauladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Akhirat dan dia banyak menyebut Allah” (al-Ahzab:21) Begitulah firman Allah yang menunjukkan bahawa susuk tubuh mulia seorang guru teragung untuk seluruh umat manusia yang tidak pernah kenal erti penat lelah dan putus asa dalam mendidik jiwa manusia dengan Islam sehingga kita merasakan keindahan Islam ini sehingga sekarang....

•*¨*•.¸¸❤ Salam Ukhwah Fillah...❤¸¸.•*¨*•

Imej
... Ya akhi..Ya ukhti ...   Alhamdulillah berjaya juga dengan izinNYa dan dibantu oleh suami tersayang untuk melahirkan sebuah blog untuk saya gunakan sebagai medan meluah dan berkongsi rasa serta apa juga yang boleh memberi manfaat untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi bertandang.. Saya adalah Ibu kepada seorang putera dan seorang puteri.... Merupakan anak Felda yang telah diaturkan jodoh oleh Allah swt juga dengan anak peneroka Felda.. Kami berCinta setelah nikah .. Semoga  serasi bersama hingga ke hujung nyawa dalam sebuah Baitul Muslim yang diberkatiNYA ..  .¸.•*´¯) ~ummu ainries ♥ abu faris~ . .¸.•*´¯) ~ ♥♥ ~ ♥♥ ~ ♥♥ ~♥♥~ ♥♥ ~♥♥~ ♥♥ ~ Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.. Saya bukanlah penulis heb at yg bisa membuat org terpesona dgn gaya bahasa saya.. Seorang yg suka membaca novel2 sejak dr zaman persekolahan menyebabkan ada sedikit minat menulis tertanam dlm diri.. Cuma sebelum ini saya tidak pernah cuba mengasah bakat in i